Marilah kita bersama berkongsi pengalaman, maklumat dan berita apa saja yang berkaitan dengan alam Pendidikan Khas khususnya yang berkaitan dengan Masalah Pendengaran dan Pertuturan.
RSS

Saturday 8 October 2011

VIAGRA MUNGKIN PUNCA PEKAK

2010/06/06

ALABAMA: Viagra, ubat yang dikatakan membantu jutaan lelaki mengatasi masalah mati pucuk dan ‘puncutan terlalu cepat’ kini didakwa menjadi punca hilang pendengaran jika digunakan dalam jangka panjang.

Ketua Penyelidik di Sekolah Kesihatan Umum Universiti Alabama, Profesor Gerald McGwin berkata, individu yang mengambil Viagra secara tetap berdepan risiko hilang pendengaran.
“Keadaan ini disebabkan kandungan sejenis bahan kimia di dalam Viagra dikenali phosphodiesterase type 5 (PDE-5i) yang menjejaskan fungsi tertentu dalam tubuh manusia,” katanya dalam laporan yang disiarkan jurnal LiveScience.
Beliau berkata, Viagra meningkatkan pengaliran darah ke zakar dan ia secara tidak langsung menyebabkan aliran darah ke saraf telinga bertambah sehingga menjejaskan pancaindera itu.

McGwin, bagaimanapun, mengakui lebih banyak kajian perlu dilakukan kerana setakat ini kesan secara langsung penggunaan PDE-5i belum dapat dibuktikan.

“Amat penting untuk pesakit yang mengamalkan Viagra mengetahui kesan sampingannya yang membabitkan masalah pendengaran. – Agensi

0 comments:

Post a Comment