Marilah kita bersama berkongsi pengalaman, maklumat dan berita apa saja yang berkaitan dengan alam Pendidikan Khas khususnya yang berkaitan dengan Masalah Pendengaran dan Pertuturan.
RSS

Thursday 8 December 2011

Hipnoterapi GAGAP - Stuttering & Stammering Hypnotherapy

Gagap boleh di ubati dengan terapi. Mari kita kongsikan sedikit info mengenai Hipnoterapi gagap yang dijalankan di Indonesia...


Terapi pertuturan bagi pesakit stroke

Strok yang terjadi di sebelah kiri otak boleh menjejaskan kebolehan bertutur dan bahasa, di samping pergerakan di sebelah kanan tubuh. Matlamat utama terapi pertuturan adalah untuk memulihkan semula kebolehan mangsa berkomunikasi dengan tepat, dengan melatih bahagian-bahagian berikut:

  1. Pertuturan 
  2. seorang mangsa strok dengan masalah pertuturan mempunyai kesukaran membentuk bunyi yang dapat difahami orang lain. 
  3.  
  4. Bahasa 
  5. adalah penggunaan simbol, seperti perkataan, nombor atau gerak isyarat yang mempunyai makna. Seorang mangsa strok mungkin menghadapi kesukaran memahami atau memilih perkataan atau nombor atau gerak isyarat yang betul.

  6. Kognisi (Pengamatan), atau kemahiran berfikir
  7. untuk berkomunikasi dengan tepat dengan orang lain, seorang mangsa strok perlu mampu menumpukan perhatian, dan menggunakan beberapa kemahiran berfikir. 
  8.  
  1. Menelan 
  2. seorang mangsa strok mungkin menghadapi kesukaran mengawal lidah dan menelan. Otot-otot lidah dan tekak adalah yang sama digunakan untuk membuat bunyi. Oleh itu, terapi yang membantu pertuturan juga boleh membantu kebolehan menelan.

PERTANDINGAN KOIR KOD TANGAN

Pada 14, 15, 16 dan 17 November yang lalu, sekolah saya telah dipilih untuk mewakili kontijen negeri Pahang untuk menyertai Pertandingan Koir Kod Tangan Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Marina Best Western Lumut Perak. Kami hanya berjaya mendapat tempat keempat. Pada malam akhir majlis ini, kesemua peserta dari seluruh negeri bergabung untuk menyanyikan 2 buah lagu beramai-ramai sekaligus mencatatkan rekod Malaysian Book Of Records.

Disini saya kongsikan bersama, koir kod tangan dari negeri saya (Pahang)....jom tengok..



Wednesday 7 December 2011

CORETAN BUAT PENDIDIK 'ISTIMEWA'...

Posted on by hildaain 

Disediakan oleh PN. NOR SHAKIAH HUSSAIN (Penyelaras PPKI SKRP)

Hari ini dia bersama kita
sayangilah dia sepenuhnya
kasihilah dia seadanya
bantulah dia semampu kita
Hari ini dia bersama kita
berilah panduan kepadanya
berilah didikan yang sebaiknya
berilah sokongan kekuatan dirinya
Hari ini dia masih bersama kita
namun esok…tiada siapa dapat menjangka
selagi amanah Allah ini bersama kita
penuhilah keperluannya
jangan sekali kita mengabaikannya
Renungilah redup matanya…..
kita kan bisa merasa
dia amat memerlukan kita….
dia terlalu kasihkan kita….
dia begitu sayangkan kita….
mungkin di akhirat sana
dia akan mendoakan kita…..insyaAllah
Amin..ya Rabbal Alamin
Penulis, Pn. Nor Shakiah Hussain

Pusat serantau pendidikan khas SEAMEO beroperasi 2013

2010/07/28

KUCHING: Kementerian Pelajaran telah diberi pengiktirafan untuk mewujudkan pusat pendidikan khas untuk rantau ini di bawah Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO), kata Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin.

Beliau berkata, pusat di Nilai, Negeri Sembilan, itu akan beroperasi pada 2013 dan berperanan sebagai pusat serantau kepada semua 13 negara anggota majlis itu untuk membuat penyelidikan dan latihan pendidikan untuk pelajar istimewa.

"Bagi kita, pusat ini pasti dapat mempertingkatkan kaedah latihan dan penyelidikan sekaligus memartabatkan pendidikan khas di negara dan rantau ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Persetujuan mengenai penubuhan pusat itu dicapai pada persidangan SEAMEO ke-45 di Cebu, Filipina, awal tahun ini yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pelajaran.

Bong berkata, setakat ini terdapat 1,630 sekolah rendah dan menengah biasa di seluruh negara yang terbabit dalam program pendidikan khas untuk 43,161 pelajar istimewa.

"Kita juga mempunyai 32 sekolah pendidikan khas sepenuhnya di seluruh negara iaitu 28 sekolah rendah dan empat sekolah menengah," katanya. - BERNAMA

APRESIASI KESENIAN PENDIDIKAN KHAS

Pada 8, 9, 10 & 11 November yang lalu, anak didik dibawah jagaan saya, (Kelab Seni Budaya) seramai 12 orang telah menyertai pertandingan tarian sempena Pertandingan Apresiasi Seni yang di adakan di Negeri Terengganu. Mereka telah mempersembahkan sebuah tarian rampai. 

Pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah mereka boleh menari sedangkan menari biasanya dikaitkan dengan 'mendengar muzik atau bunyi-bunyian'. Hmm mereka sebenarnya memerlukan kiu oleh guru atau jurulatih yang berada di hadapan pentas. Latihan tarian ini memakan masa yang agak lama. Ada juga peserta dari beberapa buah negeri yang mampu menghafal langkah-langkah gerak tari ini. Hebat bukan!...



Saya tidak sempat membuat rakaman video untuk persembahan ini, hanya beberapa keping gambar yang dapat saya 'snap' buat kenangan bersama...

Monday 24 October 2011

PUNCA GAGAP


Gagap berpunca dari :

· Keadaan fizikal dan mental seperti lembam
· Saraf dan otot saraf
· Peniruan pertuturan yang salah semasa proses pembelajaran
· Psikologi dan emosi neurois

Kecacatan dan keadaan kesihatan yang tidak sempurna boleh menimbulkan tanda- tanda gagap. Ia di sebabkan ketidakseimbangan daya agresif dan sensitif. Agresif yang melampau akan menyebabkan kanak kanak berasa tegang, cemas dan terlampau aktif . Keadaan ini akan menimbulkan pertuturan yang gagap, terutamanya apabila pengaliran idea yang terlalu cepat untuk disamakan dengan mekanisma pertuturan.

Selain itu, kanak-kanak terencat mental pula akan menjadi gagap kerana tidak berupaya membentuk konsep bahasa. Oleh itu, kanak- kanak ini sukar untuk mengeluarkan idea atau konsep untuk bertutur dengan baik .
Gagap juga boleh disebabkan oleh otot saraf yang tidak selaras dengan korteks otak- otak di saraf motor. Oleh itu, jika seseorang yang mahir dengan penggunaan tangan kiri, boleh menjadi gagap jika dipaksa menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja menggunakan tangan kanan.Gagap juga berpunca dari peniruan pertuturan-pertuturan yang salah semasa dalam proses pembelajaran. Jika tanda-tanda dapat dikenali dengan segera masalah ini boleh diatasi dengan latihan pertuturan yang betul.

Kanak-kanak yang pemalu atau rasa terasing daripada keluarga sukar bergaul dengan kanak kanak lain. Mereka akan lebih sensitif atau gugup bertutur dan keadaan ini akan membentuk rasa rendah diri kanak-kanak itu sendiri.

Dengan itu , sesetengah gagap yang timbul ialah akibat daripada tidak mempunyai keyakinan untuk bertutur dengan baik, terutamanyan bertutur dengan orang asing baginya, tetapi kanak-kanak ini dapat pula bertutur dengan orang yang rapat yang dengannya.

GAGAP JUGA MASALAH PERTUTURAN


Seseorang itu dikatakan gagap apabila penyebutan sesuatu perkataan didapati berulang ulang, terhenti henti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada. Ia disebabkan oleh gangguan pernafasan yang berpunca dari penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap menyebabkan penuturnya seperti tergamam untuk mengeluarkan sesuatu perkataan dan sering diikuti perkataan yang tergantung. Gagap belaku secara berselang-seli antara pertuturan normal dan mengikut ketegangan dan kelonggaran otot pertuturan.

Gagap akan berlaku kepada setiap kanak-kanak yang berumur di antara dua hingga empat tahun. Masalah ini akan berkurangan apabila kanak-kanak mendapat penyesuaian yang lebih baik sama ada di dalam rumah atau di sekelilingnya dan meningkat semula apabila kanak-kanak berasa di alam persekolahan yang mempunyai alam sekeliling yang lebih luas. Apabila dewasa, tahap masalah gagap di tentukan oleh kawalan emosi, sosial dan fizikal penutur itu sendiri.

West (1958) telah merumuskan beberapa faktor yang didapati berkaitan dengan masalah gagap :

· Gagap ialah sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak kanak.
· Kaum lelaki lebih ramai gagap daripada perempuan
· Gagap boleh diturunkan melalui keluarga

Individu yang gagap tidak mempunyai sebarang ciri-ciri fizikal yang berbeza dengan individu yang normal. Walau bagaimanapun menurut Webbster dan Brutten (1974) individu yang gagap akan mempunyai ciri seperti berikut :

· Mempunyai ulangan dan perpanjangan satu satu huruf yang sama
· Gagal untuk mengaitkan pertuturan dengan emosi
· Menggunakan cara- cara tertentu untuk melindungi masalah gagap
· mengulang perkatan atau rangkai kata yang di sebut.

PUNCA GANGGUAN ARTIKULASI

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi iaitu kecacatan lidah ,sumbing bibir dan lelangit, kecacatan penyakit hidung dan tekak serta peniruan pertuturan salah yang dipelajari oleh kanak-kanak semasa di dalam proses pembelajaran. Kecacatan lelangit dan bibir ialah akibat kerenggangan tulang mulut, tisu lembut dan struktur bahagian atas bibir yang menggangu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau . Selain itu, kelumpuhan otak yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot pertuturan yang menyebabkan kanak-kanak itu sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara dengan betul.
Rajah 1 : sumbing bibir

 Rajah 2 : sumbing lelangit

Kanak-kanak yang berumur antara 18 bulan hingga tiga atau empat tahun akan bertutur dengan pelat. Jika kesilapan ini tidak dibetulkan, kemungkinan akan menyebabkan gangguan artikulasi dan kanak kanak itu tidak akan menyebut perkataan dengan betul. Keadaan ini kerap berlaku terutamanya sekali kepada kanak-kanak yang suka bertutur dengan cepat sehinggakan menghilangkan huruf-huruf yang sukar disebut . Adakalanya juga gangguan artikulasi tidak berpunca dari kecacatan tetapi oleh faktor alam sekitar yang tegang, kematangan yang lambat, menggunakan dua bahasa tekanan emosi dan keadaan kanak-kanak yang terbiar.

GANGGUAN ARTIKULASI

Kesalahan yang sering berlaku gangguan artikulasi ialah :

1.Penggantian
2.Penghilangan
3.Pengubahan dan
4.Penambahan bunyi 

Penggantian bunyi berpunca daripada penggantian huruf tertentu dalam sesuatu perkataan seperti penggantian w untuk r, w untuk l, th untuk s dan pa untuk t, k,dan f. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak kecil yang masih tidak matang dalam pertuturan dan pengantian huruf tidak tetap kerana ia bergantung kepada keupayan dan kemudahan kanak-kanak sendiri untuk melafazkan .

Kehilangan sesuatu bunyi menyebabkan pertuturan kanak-kanak tidak lancar Konsenan yang dihilangkan boleh berlaku sama ada pada permulaan pertengahan ,akhir atau ketiga-tiga kedudukan perkataan. Misalnya, sebutan ‘idung’ untuk hidung dan ‘tingga’ untuk telinga.
 
Penggubalan bunyi banyak berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih besar dan telah dapat menyebut sesuatu perkataan sebenar. Hal ini lebih mudah diperbaiki berbanding dengan masalah penggantian dan penghilangan bunyi perkataan. Pengubalan bunyi perkataan banyak berlaku kepada pertuturan kanak kanak pekak. Penambahan bunyi tertentu dalam perkataan yang dituturkan menyebabkan pertuturan sukar difahami.

RAJAH ARTIKULASI MANUSIA






Berikut adalah rajah artikulasi manusia di mana masalah artikulasi adalah salah satu penyebab masalah pertuturan. Sebelum kita teruskan dengan huraian mengenai masalah artikulasi, mari kita lihat dan fahamkan dahulu bahagian-bahagian artikulasi kita.

IMPIAN MEREKA JANGAN DIPERKECILKAN...

Sunday 16 October 2011

APAKAH PERTUTURAN NORMAL ?

Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi, rentak dan kadar yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi sesuai dengan peringkat umur.

JENIS MASALAH PERTUTURAN

Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada 7 jenis iaitu :

1.  Gangguan artikulasi

2.  Gangguan bunyi

3.  Kecacatan pertuturan yang berkaitan dengan sumbing

4.  Gagap

5.  Kecacatan yang berkaitan dengan masalah pendengaran

6.  Kecacatan pertuturan oleh kelompok otak

7.  Kecacatan pertuturan yang berkaitan dengan kerencatan perkembangan pertuturan


Ia juga boleh disebabkan keadaan yang tidak normal dibahagian muka atau mulut yang mengganggu fungsi pergerakan lidah, bibir, rongga hidung, gigi dan lelangit, cacat pendengaran, lemah pengawakan otot dan kecacatan pada kotak suara.

MASALAH PERTUTURAN

Masalah pertuturan di fahamkan sebagai pertuturan yang menunjukkan ketidaksempurnaan sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa mengikut umur atau gangguan semasa bertutur.


SEJARAH MASALAH BAHASA DAN PERTUTURAN

Bermula pada tahun1985 iaitu timbul keinginan awal untuk membentuk sebuah persatuan bahasa dan pertuturan.sejarahnya bermula dengan perjumpaan di antara enam orang patologis peraturan bahasa dan audiologis iaitu dua orang warganegara Malaysia dan empat orang ekspatriat. Masalah bahasa dan petuturan perkhidmatannya masih lagi berkurangan berbanding dengan masalah penglihatan dan pendengaran. Masalah pertuturan yang di sebabkan oleh kekurangan pendengaran sahaja di berikan perkhidmatan tertentu.

DEFINISI PERTUTURAN

Pertuturan merupaka suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa hati. Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang paling penting untuk berkomunikasi bersama keluarga, rakan-rakan dan alam sekelilng. Ia juga melibatkan perpaduan bunyi dengan perkataan, mencantum perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Oleh itu, ia dapat di didefinisikan sebagai simbol-simbol yang di wakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal yang bertujuan untuk pertukaran idea.

Pertuturan yang normal juga membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut, berlafaz dengan baik dan mempunyai kualiti yang semula jadi , normal pada rentak dan kadar yang baik dan bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan perbedaharaan kata yang lengkap sesuai mengikut umur dan pertuturan di terima secara logik dan teratur.

(KIRK, 1972)

DEFINISI BAHASA

Bahasa adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.



A code whereby ideas about the would are expressed through conventional system of arbitary for communication.
( WILIAM L HEWARD DAN MICHAEL)

Thursday 13 October 2011

ANAK DIDIKKU...SEGALANYA BUATMU

Klip video ini ku ciptakan khas buat semua anak-anak murid ku di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan sempena Hari Anugerah Cemerlang.


Wednesday 12 October 2011

GOLONGAN BERMASALAH PENDENGARAN

Seringkali kita melihat golongan masalah pendengaran dikategori sebagai golongan pekak, golongan yang tidak boleh mendengar dan tidak boleh bertutur atau bercakap.Namun adakah kita sendiri sedari, siapakah golongan yang mempunyai masalah pendengaran?. Pada masa dahulu pelbagai istilah dan gelaran diberikan kepada golongan masalah pendengaran seperti pekak, telinga siput,pekak badak dan tuna, bisu dan sebagainya. (maaf saya tidak ingat gelaran-gelaran lain). Namun, yang pasti gelaran-gelaran tersebut sangatlah teruk dan menghina manusia istimewa ini. Seperti yang dinyatakan oleh Ling 1989 mengatakan istilah-istilah ini membawa satu stigma yang negatif dan kurang disenangi oleh masyarakat. Adakah wajar kita memberikan gelaran tersebut kepada mereka, sedangkan mereka manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan seperti kita. Oleh itu, istilah masalah pendengaran adalah istilah yang sesuai digunakan dan lazimnya digunakan oleh pihak perubatan kerana kebanyakan kanak-kanak yang dilabelkan sebagai pekak adalah tidak pekak sepenuhnya, mereka masih mempunyai sisa pendengaran (Clark, 1999). Walaubagaimanapun menurut Gregory, Silo dan Callow 1995 mengatakan istilah pekak, cacat pendengaran dan pekak bisu masih digunakan dan ditujukan kepada kumpulan kanak-kanak yang sama oleh orang ramai kepada kanak-kanak yang dikategorikan sebagai masalah pendengaran.

Menurut Akta Pendidikan Individu dengan Ketidakupayaan (Individuals with Disabilities Education Act, IDEA) mendefinasikan "masalah pendengaran yang sangat teruk sehingga kanak-kanak tidak berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan amplifikasi atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian pendidikannya".
Seseorang yang mengalami masalah pendengaran secara amnya akan menggunakan alat bantu pendengaran dan mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran. (Brill, MacNeil & Newman, 1986)

Selain itu, menurut Cruickshank dan Johnson (1975) menyatakan bahawa masalah pendengaran ialah kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan bilakah permasalahan itu dialami oleh kanak-kanak tersebut. Oleh itu, definisi ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu, pekak dan separa pekak. Pekak ialah kanak-kanak tersebut memiliki deria dengar yang tidak boleh berfungsi langsung. Manakala kategori separa pekak pula merujuk kepada kanak-kanak yang deria dengarnya yang rosak masih boleh berfungsi dengan alat bantu pendengaran ataupun bantuan yang sesuai.

Hallahan & Kauffman (1990) mendefinisikan cacat pendengaran sebagai maksud generik yang menunjukkan kestabilan pendengaran yang diukur mengikut tahap pekak sederhana kepada tahap yang teruk, ia juga termasuk subset daripada kepekakan dan yang bermasalah pendengaran.

Terima kasih buat Meeze di atas perkongsian ilmu.

LOUDNESS LEVEL OF COMMON SOUNDS

Loudness Levels of Common Sounds (in decibels)

-10 dB - Leaves rustling
10 dB - Breathing
30 dB - Whisper
40-60 dB - Conversation
70 dB - Typewriter
80 dB - Rush hour traffic
90 dB - food blender
100 dB - train
110 dB - Chain Saw
120 dB - Rock band, airport
140 dB - Shotgun blast


PENYELENGGARAAN SISTEM ALAT BANTU DENGAR



1.  PEMERIKSAAN VISUAL

alat bantu dengar, 'tiubing', acuan telinga

2.  GUNA 'HEARING AID TROUBLE-SHOOTING KIT'

a.  Penguji bateri : menguji bateri, cukup kuasa, wayar untuk ABD jenis poket tidak berpintal/putus.


b.  Stetoklip : mendengar bunyi dari ABD - bunyi jelas, tiada herotan (distortion). Guna Ling's 5-sound test (/a/  /i/  /u/  /s/  /sh/).


c.  Pam udara : untuk mengeluarkan sebarang lembapan dari salur acuan telinga.


3.  PEMERIKSAAN ACUAN TELINGA


Tidak bocor, pecah atau mempunyai bahagian-bahagian tajam,tiada kotoran atau titisan air yang menyumbat saluran acuan telinga.


Masalah utama :
Maklum balas akustik - bunyi berdesing akibat kebocoran bunyi.


4.  MENGUJI PENDENGARAN MURID YANG SEDANG MEMAKAI ABD

untuk memastikan bahawa pendengaran murid tidak merosot akibat ABD yang tidak berfungsi dengan baik atau penyakit (boleh guna Ling's 5-sound test).

PEMERIKSAAN SISTEM ALAT BANTU DENGAR HARUS MENJADI SATU RUTIN HARIAN, TERUTAMANYA BAGI KANAK-KANAK KECIL 

Tuesday 11 October 2011

BERHATI-HATI APABILA MENGGUNAKAN MP3

Written by Siti Rahayu Zakaria   
Thursday, 19 May 2011 11:08

Memang menjadi satu fenomena biasa pada hari ini apabila melihat remaja dan generasi muda memakai fon telinga di telinga mereka. Gaya hidup digital telah menular dalam kalangan remaja sejak tahun 1990-an lagi. Perkembangannya ini semakin rancak seimbang dengan peningkatan teknologi iaitu  pengguna menggunakan MP3 menerusi telefon bimbit, iPod, komputer, PDA, USB, walkman dan sebagainya.

Budaya ini bagaikan tsunami yang melanda gaya hidup remaja. Kebanyakan mereka menghabiskan masa seharian tanpa jemu dengan alat-alat kecil ini.
Tambahan pula, terbaru dilaporkan terdapat MP3 yang mampu tahan lebih lama tanpa perlu selalu dicas dengan ruang simpanan fail muzik yang lebih banyak.
Kebanyakan penggemar MP3 mungkin mengetahui kesan bahawa mendengar muzik dengan bunyi kuat akan merosakkan pendengaran. Kajian menunjukkan kerosakan pendengaran disebabkan muzik yang kuat yang ditentukan oleh tempoh masa mendengar MP3. Ia membawa maksud sekiranya penggemar MP3 merendahkan bunyi muzik /MP3,  mereka masih terdedah dengan kehilangan pendengaran sekiranya masih memasang fon telinga untuk tempoh masa yang panjang.
Menurut kajian dari British, 39% remaja berumur 18 hingga 24 tahun mendengar muzik sekurang-kurangnya satu jam sehari  sehingga 105 disibel. Remaja ini telah mendedahkan telinga mereka pada satu tahap bunyi bising dan kadaran sepatutnya adalah tidak melebihi 25 minit setiap minggu. Penggemar perlu mengetahui maklumat kadar paras bunyi disibel pada peralatan MP3 tersebut sebelum membeli dan kadar pendengaran normal adalah antara 0 hingga 20 desibel. 

Pengguna dan penggemar MP3 perlu mempertimbangkan penggunaan dan mengenalpasti kesannya kepada telinga. Kemungkinan remaja boleh kehilangan pendengaran pada usia yang muda sekiranya tidak didedahkan tentang kesan menggunakan MP3 ini. Industri pengeluar MP3 diharapkan lebih bertanggungjawab dengan mengambil kira risiko dan kesan akibat pengeluaran MP3 yang tidak berkualiti tanpa meletakkan sebarang tanda amaran pada pembungkusan produk.

Di Malaysia,  pengeluar boleh mengguna pakai standard MS 301 489-6:2009 Specific Conditions for Digital Enhance Cordless Telecommunications (DECT) Equipment sebagai panduan dalam produk digital seumpama ini.

Tip Penggunaan MP3

Langkah 1 : Rendahkan bunyi muzik MP3
Mulakan dengan merendahkan bunyi muzik pada tahap 10 ke tahap 9 atau 8. Sekiranya anda telah dapat menerima tahap bunyi ini, cuba rendahkan kepada tahap seterusnya. Mungkin pada awalnya agak sukar tetapi ia adalah tidak mustahil.

Langkah 2 : Kurangkan masa dedahan dan frekuensi
Setelah anda rendahkan bunyi muzik, latih telinga anda untuk berehat setiap 10 hingga 15 minit. Nikmati bunyian di sekeliling anda, sama ada anda berada di dalam kesesakan atau sedang berjogging. Seterusnya, anda boleh mengurangkan masa menggunakan fon telinga seperti contoh sebelum ini  anda menggunakannya 1 jam sehari dan mengurangkan kepada 30 minit sehari. Jika anda telah selesa pada tahap ini, cuba kurangkan kekerapan mendengar MP3 kepada beberapa hari.

Langkah 3: Membuat ujian pendengaran secara berkala
Jadikan langkah ini sebagai satu kebiasaan dan lakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda harus mengambil tangungjawab untuk menjaga kesihatan telinga anda bagi menghalang kesan-kesan negatif yang boleh mempengaruhi kehilangan pendengaran.

Siti Rahayu Zakaria
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Sunday 9 October 2011

IMPIAN PELAJAR PEKAK

2010/05/21

IMPIAN PELAJAR PEKAK IKUTI KURSUS PENDIDIKAN KHAS KEMBALI CERAH

KOTA BHARU: Impian seorang pelajar pekak bagi mengikuti Kursus Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah, di Politeknik Ungku Omar, Perak kembali cerah apabila Kementerian Pelajaran berjanji untuk mempertimbangkan permohonan pelajar itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, permohonan pelajar itu, Muhammad Affan Ghazali, 20, perlu diberi pertimbangan sekiranya beliau memiliki kelayakan yang sewajarnya.
"Pada saya kita perlu beri pertimbangan kepada permohonan tersebut. Saya akan menghubungi bahagian pendidikan guru pada hari ini supaya dipertimbangkan semula pelajar itu dan diberi peluang untuk temuduga," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Semalam, Muhammad Affan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 melahirkan kekecewaan kerana permohonannya untuk mengikuti Kursus Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah, ditolak.

Beliau yang mengalami kecacatan pendengaran sejak berusia enam tahun kerana demam panas, adalah bekas pelajar jurusan sastera Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, di Georgetown, Pulau Pinang itu memperoleh 2A dan 3B dalam peperiksaan itu, bercita-cita menjadi guru bagi membantu insan senasibnya.

Muhammad Affan berkata, beliau memohon mengikuti kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) kerana ingin menjadi guru pendidikan khas malahan sanggup menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam kerana ingin menyambung pengajian dalam bidang pendidikan khas.

Sementara itu, Puad berkata, walaupun kelayakan untuk menjadi guru pendidikan khas adalah memperoleh keputusan 3A 2B, permohonan pelajar itu tetap perlu dipertimbangkan kerana kesungguhannya untuk membantu golongan senasib.
"Pelajar itu berminat untuk jadi guru dan tidak mahu menyambung ke tingkatan enam meskipun menerima tawaran. Permohonan beliau harus dipertimbangkan. Kes ini akan diselesaikan, kalau dia (pelajar) itu layak, kena terima," katanya. - Bernama