Marilah kita bersama berkongsi pengalaman, maklumat dan berita apa saja yang berkaitan dengan alam Pendidikan Khas khususnya yang berkaitan dengan Masalah Pendengaran dan Pertuturan.
RSS

Thursday 8 December 2011

Hipnoterapi GAGAP - Stuttering & Stammering Hypnotherapy

Gagap boleh di ubati dengan terapi. Mari kita kongsikan sedikit info mengenai Hipnoterapi gagap yang dijalankan di Indonesia...


Terapi pertuturan bagi pesakit stroke

Strok yang terjadi di sebelah kiri otak boleh menjejaskan kebolehan bertutur dan bahasa, di samping pergerakan di sebelah kanan tubuh. Matlamat utama terapi pertuturan adalah untuk memulihkan semula kebolehan mangsa berkomunikasi dengan tepat, dengan melatih bahagian-bahagian berikut:

  1. Pertuturan 
  2. seorang mangsa strok dengan masalah pertuturan mempunyai kesukaran membentuk bunyi yang dapat difahami orang lain. 
  3.  
  4. Bahasa 
  5. adalah penggunaan simbol, seperti perkataan, nombor atau gerak isyarat yang mempunyai makna. Seorang mangsa strok mungkin menghadapi kesukaran memahami atau memilih perkataan atau nombor atau gerak isyarat yang betul.

  6. Kognisi (Pengamatan), atau kemahiran berfikir
  7. untuk berkomunikasi dengan tepat dengan orang lain, seorang mangsa strok perlu mampu menumpukan perhatian, dan menggunakan beberapa kemahiran berfikir. 
  8.  
  1. Menelan 
  2. seorang mangsa strok mungkin menghadapi kesukaran mengawal lidah dan menelan. Otot-otot lidah dan tekak adalah yang sama digunakan untuk membuat bunyi. Oleh itu, terapi yang membantu pertuturan juga boleh membantu kebolehan menelan.

PERTANDINGAN KOIR KOD TANGAN

Pada 14, 15, 16 dan 17 November yang lalu, sekolah saya telah dipilih untuk mewakili kontijen negeri Pahang untuk menyertai Pertandingan Koir Kod Tangan Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Marina Best Western Lumut Perak. Kami hanya berjaya mendapat tempat keempat. Pada malam akhir majlis ini, kesemua peserta dari seluruh negeri bergabung untuk menyanyikan 2 buah lagu beramai-ramai sekaligus mencatatkan rekod Malaysian Book Of Records.

Disini saya kongsikan bersama, koir kod tangan dari negeri saya (Pahang)....jom tengok..



Wednesday 7 December 2011

CORETAN BUAT PENDIDIK 'ISTIMEWA'...

Posted on by hildaain 

Disediakan oleh PN. NOR SHAKIAH HUSSAIN (Penyelaras PPKI SKRP)

Hari ini dia bersama kita
sayangilah dia sepenuhnya
kasihilah dia seadanya
bantulah dia semampu kita
Hari ini dia bersama kita
berilah panduan kepadanya
berilah didikan yang sebaiknya
berilah sokongan kekuatan dirinya
Hari ini dia masih bersama kita
namun esok…tiada siapa dapat menjangka
selagi amanah Allah ini bersama kita
penuhilah keperluannya
jangan sekali kita mengabaikannya
Renungilah redup matanya…..
kita kan bisa merasa
dia amat memerlukan kita….
dia terlalu kasihkan kita….
dia begitu sayangkan kita….
mungkin di akhirat sana
dia akan mendoakan kita…..insyaAllah
Amin..ya Rabbal Alamin
Penulis, Pn. Nor Shakiah Hussain

Pusat serantau pendidikan khas SEAMEO beroperasi 2013

2010/07/28

KUCHING: Kementerian Pelajaran telah diberi pengiktirafan untuk mewujudkan pusat pendidikan khas untuk rantau ini di bawah Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO), kata Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin.

Beliau berkata, pusat di Nilai, Negeri Sembilan, itu akan beroperasi pada 2013 dan berperanan sebagai pusat serantau kepada semua 13 negara anggota majlis itu untuk membuat penyelidikan dan latihan pendidikan untuk pelajar istimewa.

"Bagi kita, pusat ini pasti dapat mempertingkatkan kaedah latihan dan penyelidikan sekaligus memartabatkan pendidikan khas di negara dan rantau ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Persetujuan mengenai penubuhan pusat itu dicapai pada persidangan SEAMEO ke-45 di Cebu, Filipina, awal tahun ini yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pelajaran.

Bong berkata, setakat ini terdapat 1,630 sekolah rendah dan menengah biasa di seluruh negara yang terbabit dalam program pendidikan khas untuk 43,161 pelajar istimewa.

"Kita juga mempunyai 32 sekolah pendidikan khas sepenuhnya di seluruh negara iaitu 28 sekolah rendah dan empat sekolah menengah," katanya. - BERNAMA

APRESIASI KESENIAN PENDIDIKAN KHAS

Pada 8, 9, 10 & 11 November yang lalu, anak didik dibawah jagaan saya, (Kelab Seni Budaya) seramai 12 orang telah menyertai pertandingan tarian sempena Pertandingan Apresiasi Seni yang di adakan di Negeri Terengganu. Mereka telah mempersembahkan sebuah tarian rampai. 

Pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah mereka boleh menari sedangkan menari biasanya dikaitkan dengan 'mendengar muzik atau bunyi-bunyian'. Hmm mereka sebenarnya memerlukan kiu oleh guru atau jurulatih yang berada di hadapan pentas. Latihan tarian ini memakan masa yang agak lama. Ada juga peserta dari beberapa buah negeri yang mampu menghafal langkah-langkah gerak tari ini. Hebat bukan!...



Saya tidak sempat membuat rakaman video untuk persembahan ini, hanya beberapa keping gambar yang dapat saya 'snap' buat kenangan bersama...

Monday 24 October 2011

PUNCA GAGAP


Gagap berpunca dari :

· Keadaan fizikal dan mental seperti lembam
· Saraf dan otot saraf
· Peniruan pertuturan yang salah semasa proses pembelajaran
· Psikologi dan emosi neurois

Kecacatan dan keadaan kesihatan yang tidak sempurna boleh menimbulkan tanda- tanda gagap. Ia di sebabkan ketidakseimbangan daya agresif dan sensitif. Agresif yang melampau akan menyebabkan kanak kanak berasa tegang, cemas dan terlampau aktif . Keadaan ini akan menimbulkan pertuturan yang gagap, terutamanya apabila pengaliran idea yang terlalu cepat untuk disamakan dengan mekanisma pertuturan.

Selain itu, kanak-kanak terencat mental pula akan menjadi gagap kerana tidak berupaya membentuk konsep bahasa. Oleh itu, kanak- kanak ini sukar untuk mengeluarkan idea atau konsep untuk bertutur dengan baik .
Gagap juga boleh disebabkan oleh otot saraf yang tidak selaras dengan korteks otak- otak di saraf motor. Oleh itu, jika seseorang yang mahir dengan penggunaan tangan kiri, boleh menjadi gagap jika dipaksa menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja menggunakan tangan kanan.Gagap juga berpunca dari peniruan pertuturan-pertuturan yang salah semasa dalam proses pembelajaran. Jika tanda-tanda dapat dikenali dengan segera masalah ini boleh diatasi dengan latihan pertuturan yang betul.

Kanak-kanak yang pemalu atau rasa terasing daripada keluarga sukar bergaul dengan kanak kanak lain. Mereka akan lebih sensitif atau gugup bertutur dan keadaan ini akan membentuk rasa rendah diri kanak-kanak itu sendiri.

Dengan itu , sesetengah gagap yang timbul ialah akibat daripada tidak mempunyai keyakinan untuk bertutur dengan baik, terutamanyan bertutur dengan orang asing baginya, tetapi kanak-kanak ini dapat pula bertutur dengan orang yang rapat yang dengannya.