Marilah kita bersama berkongsi pengalaman, maklumat dan berita apa saja yang berkaitan dengan alam Pendidikan Khas khususnya yang berkaitan dengan Masalah Pendengaran dan Pertuturan.
RSS

Monday 24 October 2011

PUNCA GANGGUAN ARTIKULASI

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi iaitu kecacatan lidah ,sumbing bibir dan lelangit, kecacatan penyakit hidung dan tekak serta peniruan pertuturan salah yang dipelajari oleh kanak-kanak semasa di dalam proses pembelajaran. Kecacatan lelangit dan bibir ialah akibat kerenggangan tulang mulut, tisu lembut dan struktur bahagian atas bibir yang menggangu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau . Selain itu, kelumpuhan otak yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot pertuturan yang menyebabkan kanak-kanak itu sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara dengan betul.
Rajah 1 : sumbing bibir

 Rajah 2 : sumbing lelangit

Kanak-kanak yang berumur antara 18 bulan hingga tiga atau empat tahun akan bertutur dengan pelat. Jika kesilapan ini tidak dibetulkan, kemungkinan akan menyebabkan gangguan artikulasi dan kanak kanak itu tidak akan menyebut perkataan dengan betul. Keadaan ini kerap berlaku terutamanya sekali kepada kanak-kanak yang suka bertutur dengan cepat sehinggakan menghilangkan huruf-huruf yang sukar disebut . Adakalanya juga gangguan artikulasi tidak berpunca dari kecacatan tetapi oleh faktor alam sekitar yang tegang, kematangan yang lambat, menggunakan dua bahasa tekanan emosi dan keadaan kanak-kanak yang terbiar.

0 comments:

Post a Comment