Marilah kita bersama berkongsi pengalaman, maklumat dan berita apa saja yang berkaitan dengan alam Pendidikan Khas khususnya yang berkaitan dengan Masalah Pendengaran dan Pertuturan.
RSS

Wednesday 12 October 2011

GOLONGAN BERMASALAH PENDENGARAN

Seringkali kita melihat golongan masalah pendengaran dikategori sebagai golongan pekak, golongan yang tidak boleh mendengar dan tidak boleh bertutur atau bercakap.Namun adakah kita sendiri sedari, siapakah golongan yang mempunyai masalah pendengaran?. Pada masa dahulu pelbagai istilah dan gelaran diberikan kepada golongan masalah pendengaran seperti pekak, telinga siput,pekak badak dan tuna, bisu dan sebagainya. (maaf saya tidak ingat gelaran-gelaran lain). Namun, yang pasti gelaran-gelaran tersebut sangatlah teruk dan menghina manusia istimewa ini. Seperti yang dinyatakan oleh Ling 1989 mengatakan istilah-istilah ini membawa satu stigma yang negatif dan kurang disenangi oleh masyarakat. Adakah wajar kita memberikan gelaran tersebut kepada mereka, sedangkan mereka manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan seperti kita. Oleh itu, istilah masalah pendengaran adalah istilah yang sesuai digunakan dan lazimnya digunakan oleh pihak perubatan kerana kebanyakan kanak-kanak yang dilabelkan sebagai pekak adalah tidak pekak sepenuhnya, mereka masih mempunyai sisa pendengaran (Clark, 1999). Walaubagaimanapun menurut Gregory, Silo dan Callow 1995 mengatakan istilah pekak, cacat pendengaran dan pekak bisu masih digunakan dan ditujukan kepada kumpulan kanak-kanak yang sama oleh orang ramai kepada kanak-kanak yang dikategorikan sebagai masalah pendengaran.

Menurut Akta Pendidikan Individu dengan Ketidakupayaan (Individuals with Disabilities Education Act, IDEA) mendefinasikan "masalah pendengaran yang sangat teruk sehingga kanak-kanak tidak berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan amplifikasi atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian pendidikannya".
Seseorang yang mengalami masalah pendengaran secara amnya akan menggunakan alat bantu pendengaran dan mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran. (Brill, MacNeil & Newman, 1986)

Selain itu, menurut Cruickshank dan Johnson (1975) menyatakan bahawa masalah pendengaran ialah kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan bilakah permasalahan itu dialami oleh kanak-kanak tersebut. Oleh itu, definisi ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu, pekak dan separa pekak. Pekak ialah kanak-kanak tersebut memiliki deria dengar yang tidak boleh berfungsi langsung. Manakala kategori separa pekak pula merujuk kepada kanak-kanak yang deria dengarnya yang rosak masih boleh berfungsi dengan alat bantu pendengaran ataupun bantuan yang sesuai.

Hallahan & Kauffman (1990) mendefinisikan cacat pendengaran sebagai maksud generik yang menunjukkan kestabilan pendengaran yang diukur mengikut tahap pekak sederhana kepada tahap yang teruk, ia juga termasuk subset daripada kepekakan dan yang bermasalah pendengaran.

Terima kasih buat Meeze di atas perkongsian ilmu.

0 comments:

Post a Comment