Marilah kita bersama berkongsi pengalaman, maklumat dan berita apa saja yang berkaitan dengan alam Pendidikan Khas khususnya yang berkaitan dengan Masalah Pendengaran dan Pertuturan.
RSS

Monday 24 October 2011

GAGAP JUGA MASALAH PERTUTURAN


Seseorang itu dikatakan gagap apabila penyebutan sesuatu perkataan didapati berulang ulang, terhenti henti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada. Ia disebabkan oleh gangguan pernafasan yang berpunca dari penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap menyebabkan penuturnya seperti tergamam untuk mengeluarkan sesuatu perkataan dan sering diikuti perkataan yang tergantung. Gagap belaku secara berselang-seli antara pertuturan normal dan mengikut ketegangan dan kelonggaran otot pertuturan.

Gagap akan berlaku kepada setiap kanak-kanak yang berumur di antara dua hingga empat tahun. Masalah ini akan berkurangan apabila kanak-kanak mendapat penyesuaian yang lebih baik sama ada di dalam rumah atau di sekelilingnya dan meningkat semula apabila kanak-kanak berasa di alam persekolahan yang mempunyai alam sekeliling yang lebih luas. Apabila dewasa, tahap masalah gagap di tentukan oleh kawalan emosi, sosial dan fizikal penutur itu sendiri.

West (1958) telah merumuskan beberapa faktor yang didapati berkaitan dengan masalah gagap :

· Gagap ialah sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak kanak.
· Kaum lelaki lebih ramai gagap daripada perempuan
· Gagap boleh diturunkan melalui keluarga

Individu yang gagap tidak mempunyai sebarang ciri-ciri fizikal yang berbeza dengan individu yang normal. Walau bagaimanapun menurut Webbster dan Brutten (1974) individu yang gagap akan mempunyai ciri seperti berikut :

· Mempunyai ulangan dan perpanjangan satu satu huruf yang sama
· Gagal untuk mengaitkan pertuturan dengan emosi
· Menggunakan cara- cara tertentu untuk melindungi masalah gagap
· mengulang perkatan atau rangkai kata yang di sebut.

0 comments:

Post a Comment