Marilah kita bersama berkongsi pengalaman, maklumat dan berita apa saja yang berkaitan dengan alam Pendidikan Khas khususnya yang berkaitan dengan Masalah Pendengaran dan Pertuturan.
RSS

Wednesday 7 December 2011

Pusat serantau pendidikan khas SEAMEO beroperasi 2013

2010/07/28

KUCHING: Kementerian Pelajaran telah diberi pengiktirafan untuk mewujudkan pusat pendidikan khas untuk rantau ini di bawah Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO), kata Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin.

Beliau berkata, pusat di Nilai, Negeri Sembilan, itu akan beroperasi pada 2013 dan berperanan sebagai pusat serantau kepada semua 13 negara anggota majlis itu untuk membuat penyelidikan dan latihan pendidikan untuk pelajar istimewa.

"Bagi kita, pusat ini pasti dapat mempertingkatkan kaedah latihan dan penyelidikan sekaligus memartabatkan pendidikan khas di negara dan rantau ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Persetujuan mengenai penubuhan pusat itu dicapai pada persidangan SEAMEO ke-45 di Cebu, Filipina, awal tahun ini yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pelajaran.

Bong berkata, setakat ini terdapat 1,630 sekolah rendah dan menengah biasa di seluruh negara yang terbabit dalam program pendidikan khas untuk 43,161 pelajar istimewa.

"Kita juga mempunyai 32 sekolah pendidikan khas sepenuhnya di seluruh negara iaitu 28 sekolah rendah dan empat sekolah menengah," katanya. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment