2010/07/28
KUCHING: Kementerian Pelajaran telah diberi pengiktirafan untuk mewujudkan pusat pendidikan khas untuk rantau ini di bawah Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO), kata Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin.Beliau berkata, pusat di Nilai, Negeri Sembilan, itu akan beroperasi pada 2013 dan berperanan sebagai pusat serantau kepada semua 13 negara anggota majlis itu untuk membuat penyelidikan dan latihan pendidikan untuk pelajar istimewa.
"Bagi kita, pusat ini pasti dapat mempertingkatkan kaedah latihan dan penyelidikan sekaligus memartabatkan pendidikan khas di negara dan rantau ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bong berkata, setakat ini terdapat 1,630 sekolah rendah dan menengah biasa di seluruh negara yang terbabit dalam program pendidikan khas untuk 43,161 pelajar istimewa.
"Kita juga mempunyai 32 sekolah pendidikan khas sepenuhnya di seluruh negara iaitu 28 sekolah rendah dan empat sekolah menengah," katanya. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment