Monday, 24 October 2011
PUNCA GAGAP
GAGAP JUGA MASALAH PERTUTURAN
PUNCA GANGGUAN ARTIKULASI
GANGGUAN ARTIKULASI
RAJAH ARTIKULASI MANUSIA
Sunday, 16 October 2011
APAKAH PERTUTURAN NORMAL ?
JENIS MASALAH PERTUTURAN
Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada 7 jenis iaitu :
1. Gangguan artikulasi
2. Gangguan bunyi
3. Kecacatan pertuturan yang berkaitan dengan sumbing
4. Gagap
5. Kecacatan yang berkaitan dengan masalah pendengaran
6. Kecacatan pertuturan oleh kelompok otak
7. Kecacatan pertuturan yang berkaitan dengan kerencatan perkembangan pertuturan
Ia juga boleh disebabkan keadaan yang tidak normal dibahagian muka atau mulut yang mengganggu fungsi pergerakan lidah, bibir, rongga hidung, gigi dan lelangit, cacat pendengaran, lemah pengawakan otot dan kecacatan pada kotak suara.
MASALAH PERTUTURAN
Masalah pertuturan di fahamkan sebagai pertuturan yang menunjukkan ketidaksempurnaan sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa mengikut umur atau gangguan semasa bertutur.
DEFINISI PERTUTURAN
Pertuturan merupaka suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa hati. Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang paling penting untuk berkomunikasi bersama keluarga, rakan-rakan dan alam sekelilng. Ia juga melibatkan perpaduan bunyi dengan perkataan, mencantum perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Oleh itu, ia dapat di didefinisikan sebagai simbol-simbol yang di wakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal yang bertujuan untuk pertukaran idea.
Pertuturan yang normal juga membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut, berlafaz dengan baik dan mempunyai kualiti yang semula jadi , normal pada rentak dan kadar yang baik dan bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan perbedaharaan kata yang lengkap sesuai mengikut umur dan pertuturan di terima secara logik dan teratur.
(KIRK, 1972)
DEFINISI BAHASA
Bahasa adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.
A code whereby ideas about the would are expressed through conventional system of arbitary for communication.
Thursday, 13 October 2011
ANAK DIDIKKU...SEGALANYA BUATMU
Wednesday, 12 October 2011
GOLONGAN BERMASALAH PENDENGARAN
Menurut Akta Pendidikan Individu dengan Ketidakupayaan (Individuals with Disabilities Education Act, IDEA) mendefinasikan "masalah pendengaran yang sangat teruk sehingga kanak-kanak tidak berupaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran sama ada dengan amplifikasi atau tidak yang seterusnya mengganggu pencapaian pendidikannya".
Seseorang yang mengalami masalah pendengaran secara amnya akan menggunakan alat bantu pendengaran dan mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk membolehkannya berjaya memproses maklumat linguistik menerusi pendengaran. (Brill, MacNeil & Newman, 1986)
Selain itu, menurut Cruickshank dan Johnson (1975) menyatakan bahawa masalah pendengaran ialah kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan bilakah permasalahan itu dialami oleh kanak-kanak tersebut. Oleh itu, definisi ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu, pekak dan separa pekak. Pekak ialah kanak-kanak tersebut memiliki deria dengar yang tidak boleh berfungsi langsung. Manakala kategori separa pekak pula merujuk kepada kanak-kanak yang deria dengarnya yang rosak masih boleh berfungsi dengan alat bantu pendengaran ataupun bantuan yang sesuai.
Hallahan & Kauffman (1990) mendefinisikan cacat pendengaran sebagai maksud generik yang menunjukkan kestabilan pendengaran yang diukur mengikut tahap pekak sederhana kepada tahap yang teruk, ia juga termasuk subset daripada kepekakan dan yang bermasalah pendengaran.
Terima kasih buat Meeze di atas perkongsian ilmu.
LOUDNESS LEVEL OF COMMON SOUNDS
Loudness Levels of Common Sounds (in decibels)
10 dB - Breathing
30 dB - Whisper
40-60 dB - Conversation
70 dB - Typewriter
80 dB - Rush hour traffic
90 dB - food blender
100 dB - train
110 dB - Chain Saw
120 dB - Rock band, airport
140 dB - Shotgun blast
PENYELENGGARAAN SISTEM ALAT BANTU DENGAR
1. PEMERIKSAAN VISUAL
alat bantu dengar, 'tiubing', acuan telinga
2. GUNA 'HEARING AID TROUBLE-SHOOTING KIT'
a. Penguji bateri : menguji bateri, cukup kuasa, wayar untuk ABD jenis poket tidak berpintal/putus.
b. Stetoklip : mendengar bunyi dari ABD - bunyi jelas, tiada herotan (distortion). Guna Ling's 5-sound test (/a/ /i/ /u/ /s/ /sh/).
c. Pam udara : untuk mengeluarkan sebarang lembapan dari salur acuan telinga.
3. PEMERIKSAAN ACUAN TELINGA
Tidak bocor, pecah atau mempunyai bahagian-bahagian tajam,tiada kotoran atau titisan air yang menyumbat saluran acuan telinga.
Masalah utama :
Maklum balas akustik - bunyi berdesing akibat kebocoran bunyi.
4. MENGUJI PENDENGARAN MURID YANG SEDANG MEMAKAI ABD
untuk memastikan bahawa pendengaran murid tidak merosot akibat ABD yang tidak berfungsi dengan baik atau penyakit (boleh guna Ling's 5-sound test).
PEMERIKSAAN SISTEM ALAT BANTU DENGAR HARUS MENJADI SATU RUTIN HARIAN, TERUTAMANYA BAGI KANAK-KANAK KECIL
Tuesday, 11 October 2011
BERHATI-HATI APABILA MENGGUNAKAN MP3
Written by Siti Rahayu Zakaria |
Thursday, 19 May 2011 11:08 |
Memang menjadi satu fenomena biasa pada hari ini apabila melihat remaja dan generasi muda memakai fon telinga di telinga mereka. Gaya hidup digital telah menular dalam kalangan remaja sejak tahun 1990-an lagi. Perkembangannya ini semakin rancak seimbang dengan peningkatan teknologi iaitu pengguna menggunakan MP3 menerusi telefon bimbit, iPod, komputer, PDA, USB, walkman dan sebagainya.
Budaya ini bagaikan tsunami yang melanda gaya hidup remaja. Kebanyakan mereka menghabiskan masa seharian tanpa jemu dengan alat-alat kecil ini.
Pengguna dan penggemar MP3 perlu mempertimbangkan penggunaan dan mengenalpasti kesannya kepada telinga. Kemungkinan remaja boleh kehilangan pendengaran pada usia yang muda sekiranya tidak didedahkan tentang kesan menggunakan MP3 ini. Industri pengeluar MP3 diharapkan lebih bertanggungjawab dengan mengambil kira risiko dan kesan akibat pengeluaran MP3 yang tidak berkualiti tanpa meletakkan sebarang tanda amaran pada pembungkusan produk.
Di Malaysia, pengeluar boleh mengguna pakai standard MS 301 489-6:2009 Specific Conditions for Digital Enhance Cordless Telecommunications (DECT) Equipment sebagai panduan dalam produk digital seumpama ini.
Tip Penggunaan MP3
Langkah 1 : Rendahkan bunyi muzik MP3
Mulakan dengan merendahkan bunyi muzik pada tahap 10 ke tahap 9 atau 8. Sekiranya anda telah dapat menerima tahap bunyi ini, cuba rendahkan kepada tahap seterusnya. Mungkin pada awalnya agak sukar tetapi ia adalah tidak mustahil.
Langkah 2 : Kurangkan masa dedahan dan frekuensi
Setelah anda rendahkan bunyi muzik, latih telinga anda untuk berehat setiap 10 hingga 15 minit. Nikmati bunyian di sekeliling anda, sama ada anda berada di dalam kesesakan atau sedang berjogging. Seterusnya, anda boleh mengurangkan masa menggunakan fon telinga seperti contoh sebelum ini anda menggunakannya 1 jam sehari dan mengurangkan kepada 30 minit sehari. Jika anda telah selesa pada tahap ini, cuba kurangkan kekerapan mendengar MP3 kepada beberapa hari.
Langkah 3: Membuat ujian pendengaran secara berkala
Jadikan langkah ini sebagai satu kebiasaan dan lakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda harus mengambil tangungjawab untuk menjaga kesihatan telinga anda bagi menghalang kesan-kesan negatif yang boleh mempengaruhi kehilangan pendengaran.
Siti Rahayu Zakaria
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Sunday, 9 October 2011
IMPIAN PELAJAR PEKAK
2010/05/21
IMPIAN PELAJAR PEKAK IKUTI KURSUS PENDIDIKAN KHAS KEMBALI CERAH
KOTA BHARU: Impian seorang pelajar pekak bagi mengikuti Kursus Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah, di Politeknik Ungku Omar, Perak kembali cerah apabila Kementerian Pelajaran berjanji untuk mempertimbangkan permohonan pelajar itu.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, permohonan pelajar itu, Muhammad Affan Ghazali, 20, perlu diberi pertimbangan sekiranya beliau memiliki kelayakan yang sewajarnya.
Beliau yang mengalami kecacatan pendengaran sejak berusia enam tahun kerana demam panas, adalah bekas pelajar jurusan sastera Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, di Georgetown, Pulau Pinang itu memperoleh 2A dan 3B dalam peperiksaan itu, bercita-cita menjadi guru bagi membantu insan senasibnya.
Muhammad Affan berkata, beliau memohon mengikuti kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) kerana ingin menjadi guru pendidikan khas malahan sanggup menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam kerana ingin menyambung pengajian dalam bidang pendidikan khas.
Sementara itu, Puad berkata, walaupun kelayakan untuk menjadi guru pendidikan khas adalah memperoleh keputusan 3A 2B, permohonan pelajar itu tetap perlu dipertimbangkan kerana kesungguhannya untuk membantu golongan senasib.
"Pelajar itu berminat untuk jadi guru dan tidak mahu menyambung ke tingkatan enam meskipun menerima tawaran. Permohonan beliau harus dipertimbangkan. Kes ini akan diselesaikan, kalau dia (pelajar) itu layak, kena terima," katanya. - Bernama
Saturday, 8 October 2011
VIAGRA MUNGKIN PUNCA PEKAK
2010/06/06
ALABAMA: Viagra, ubat yang dikatakan membantu jutaan lelaki mengatasi masalah mati pucuk dan ‘puncutan terlalu cepat’ kini didakwa menjadi punca hilang pendengaran jika digunakan dalam jangka panjang.Ketua Penyelidik di Sekolah Kesihatan Umum Universiti Alabama, Profesor Gerald McGwin berkata, individu yang mengambil Viagra secara tetap berdepan risiko hilang pendengaran.
“Keadaan ini disebabkan kandungan sejenis bahan kimia di dalam Viagra dikenali phosphodiesterase type 5 (PDE-5i) yang menjejaskan fungsi tertentu dalam tubuh manusia,” katanya dalam laporan yang disiarkan jurnal LiveScience.
Beliau berkata, Viagra meningkatkan pengaliran darah ke zakar dan ia secara tidak langsung menyebabkan aliran darah ke saraf telinga bertambah sehingga menjejaskan pancaindera itu.
McGwin, bagaimanapun, mengakui lebih banyak kajian perlu dilakukan kerana setakat ini kesan secara langsung penggunaan PDE-5i belum dapat dibuktikan.
“Amat penting untuk pesakit yang mengamalkan Viagra mengetahui kesan sampingannya yang membabitkan masalah pendengaran. – Agensi
KATEGORI MASALAH PENDENGARAN
Definisi dari aspek fisiologi
a) Seseorang yang pekak (deaf) mengalami kehilangan pendengaran 90dB atau lebih.
b) Seseorang yang separa pekak (hard of hearing) mengalami kehilangan pendengaran kurang dari 90dB.
Definisi dari aspek pendidikan
a) Seseorang yang pekak tidak berupaya memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran.
b) Seseorang yang separa pekak mempunyai sisa pendengaran yang mencukupi untuk memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran.
Terdapat 2 kategori iaitu :
1) Pekak
2) Separa pekak